Monday, December 29, 2014

Throwback Redang




Dah lama tak post apa-apa kat blog sendiri. Bersawang. So basically, today saya nak throwback sikit tentang saya dan sahabat-sahabat saya bercuti Di pulau redang. Kononya untuk Hilangkan stress and before habiskan zaman bujang masing-masing nak vaca together2 la. So setelah berbincang satu sama lain kita pakat nk bercuti ke Pulau Redang Terengganu.


Ok, Let's Go!

Perjalanan kami bermula dengan menaiki bas. Sebab masing-masing tak nak drive. faham-faham je la kenapa tak nak drive. (Penat).. 

then, we safely arrived at Kuala Terengganu.

After that, Pergi  jeti la kan.. nak pergi mana lagi.. kata pun nak pergi pulau,








Monday, November 11, 2013

Travel to SABAH!


..................................................................................................................................................................

DAY #1 : SAFELY ARRIVED TO SABAH

Allhamdullilah akhirnya sampai juga hajat kami bereempat nak pergi sabah. what a wonderful vacation.Next trip insyaAllah kami teringin nak ke Sarawak pula. Rupanya kami tersalah timing pilih akhir bulan ke Sabah because weather tak berapa memuaskan, tak cukup baik kerana akhir bulan merupakan musim tengkujuh. Jadi semuanya agak lembap, cuaca mendung, tanah lembap dan mungkin berlakunya Flight Delay. But we were so glad that's we've safely arrived at Kota Kinabalu, sabah. Kami menginap di salah sebuah apartment iaitu Promenade Travel Agency yang terletak betul-betul di tengah bandar Kota Kinabalu. So tak perlu risau tentang facilities. Semuanya ada. Mall juga banyak khas untuk pada yang suka membeli belah. Sesampai sahaja kami di KKIA, our tour guide dah tunggu di pintu lapangan. So bermula la the traveller things yang kami nak buat. On our first day, we were just hanging out just four of us and we are cousins. Lagipun kami sampai KKIA dlm pukul 12 something, then rehat kan diri dekat apartment. By evening baru la kami keluar ke mall-mall yang berdekatan dengan apartment. 




Ini lah isi dalam apartment yang kami tinggal. Masa datang lawa jer. Bila kami sampai ni la jadinya. Walau bagaimanapun, jangan risau, setiap hari cleaning services disediakan. Nampak tak pemalas tu. So, kami menginap di sini selama 4 hari 3 malam and semuanya berjalan lancar.



Hari pertama sahaja disebabkan tak da activiti yang disediakan agency jadi kami buat hal sendiri la. pergi dinner and then teman budak sorang ni shopping.. and lastly kami sempat midnight cerita "THORR" . huhu

...............................................................................................................................................................

DAY #2 : MANUKAN ISLAND



Hari kedua kami siap sedia ke Manukan Island.snorkeling katanya. 





Dah sampai. Ni la Manukan Island. Cantik pemandangannya., rasa tenang and sesuai untuk honeymoon. Dalam pulau ni ada jugak challet tapi untuk bermalam, satu malam sahaja Rm400.






Kemudian baru lah kerja-kerja snorkeling dilakukan oleh kami bertiga. yang sorang lagi tu tak nak mandi. nanti hitam katanya.. so dh rugi kat situ. Malangnya kami tak da camera water proof. So tak boleh la nak bawak phone masing pergi snorkeling ambil gambar dengan ikan..


Sambil-sambil mandi, terasa nikmat pula melihat kecantikan manukan island ni.. Allhamdullilah, sampai juga kami kat pulau ni. So apa lagi mai la datang sabah kepada yang belum pernah menjejakkan kaki disini.


Lastly kami pun check out dr pulau pada pukul 2 petang dan balik ke Jeti. Sepatutnya kami boleh pergi 3 buah pulau tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan jadi kami hanya singgah di satu pulau sahaja. Untuk pengetahuan semua, satu pulau RM75. So total kalau you guys nak pergi 3 Pulau RM225. So selamat mencuba!



 .............................................................................................................................................................

DAY #3 : KAKI GUNUNG KOTA KINABALU




Hari ketiga kami tidak mendaki ke puncak gunung Kota Kinabalu tapi hanya di kaki gunung sahaja memandangkan cuaca yang lembap. Other than that untuk mendaki puncak memerlukan training selama 2 hari. So dapat pergi ke kaki gunung pun jadi la. boleh singgah di kundasang .



So, Tour guide kami berhentikan kami disini untuk melihat kecantikan semula jadi and puncak gunung kota kinabalu. tidak berapa jelas sbb kabus yang tebal.



Semasa di pekan di kaki Gunung kota kinabalu  terdapat banyak kedai-kedai souvenir. Jadi dh alang-alang sampai ke situ beli la. Lagi pun berbeza harga souvenir di kaki gunung KK dengan Bandar KK. Ianya lebih murah berbanding Bandar Kota Kinabalu. Contohnya T-Shirt, Dibandar sehelai RM24 tetapi di pekan tersebut Sehelai RM15.


.............................................................................................................................................................

                                             
     DAY #3 : JAMBATAN GANTUNG



Sebelum Bergerak ke Jambatan Gantung kami di bawa ke dewan pameran tentang Gunung Kinabalu. So disitu terdapat banyak info mengenai pelbagai habitat  flora dan fauna yang ada di Gunung kinabalu. Selain itu, terdapat info mengenai track-track ketika mendaki Gunung Kinabalu. Ok, abang tour guide de kat belakang kami.



Sesi mendaki untuk sampai ke Jambatan gantung di teruskan.




Akhirnya kami naik jugak jambatan gantung ni. walaupun ianya pendek tapi bila nak pandang bawa semua sila telan air liur. Pada Awalnya kami ingatkan selepas merentasi jambatan ni boleh terus ke destinasi lain rupanya. kami baru merentasi satu jambatan iaitu platform 1.. bila kami pandang depan rupanya ada lagi tiga jambatan, 3 platform. makin lama makin panjang jambatan yang kena kami rentasi. so telan air liur lagi..


nampak tak? baru platform 1! (-.-')

So, Akhirnya kami pun sampai la ke platform akhir tu dan turun dengan jayanya. fuhh. Untuk pengetahuan semua sebelum nk naik jambatan gantung ni. bila masuk entrance anda dikehendaki membayar rm 5 bagi sesiapa yang nak mengambil gambar ok. Pada yang nak merakam video pulak anda perlu membayar Rm30. Jadi selamat mencuba!



.............................................................................................................................................................

                                                         
 DAY #3 : PORING HOT SPRING






Apabila sudah penat naik jambatan gantung and menggeletar lutut sbb jambatan tu jugak, kami pun decide untuk mandi di Hot Spring. But then melihatkan ramai pelancong yang mandi manda kat hot spring yang terbuka jadi kami pun menyewa untuk mandi di private Hot Spring. Bayaran dikenakan sebanyak RM15 . So kita leh la nk salin pakaian ke atau nak feeling2 sauna dalam private Hot Spring tu tanpa sebarang ganguan. Disebabkan ianya private, jadi kami tidak mengambil banyak gambar.






muat untuk empat orang. Khas untuk orang yang dalam feeling2  bulan madu.
gitueeeww!


.............................................................................................................................................................

DAY #4 : SOUVENIR & BACK TO SELANGOR






    



Hari keempat merupakan hari terakhir kami berada disabah. jadi disebabkan terlalu sibuk ngn shopping souvenir maka tak de gambar la jawabnya. kami check out pukul satu. tapi check in flight pada pukul 6 petang. so ada banyak masa lagi. kami pergi membeli belah di pasar filipina .Dekat situ banyak pearl and brouch so boleh la beli di situ sebagai cenderehati. So sampai sini sahaja la trip kami di sabah.. bye2 SABAH!