Monday, May 28, 2012

first time belajar masak kari ayam. :)




selamat pagi . fikir punya fikir dari semalam hari ni baru dapat idea apa nak kongsi. its about my first kari ayam that i've made with my own recipes HAHA. nama kari tersebut ialah "kari cincai boncai ikut suka aku la". Actually saya tak pandai masak sangat pun but i learn all about cook and what its tasted liked. sejak saya habis practical ni, saya duduk rumah sahaja.jadi untuk habis kan masa, saya terlampau obses untuk memasak sampai terpaksa bawak laptop ke dapur tengok tutorial kari ayam dekat youtube (amboi kelass kau maria).ha. sebenarnya kari yang saya masak tu tak cukup bahannya! HAHA! tp semua org dalam rumah tu tak perasan (suke nya hati saya!). Agaknya sedap sangat saya masak sampai semua tak perasan HAHA! (ok, puji diri sendiri taw ahaks!).Ha tapi kalau de sesiapa nk try kita punya resipi boleh juga. :P 

Bila difikirkan balik memasak ni nampak mudah macam kita main masak-masak dengan adik-adik kita. tapi bila dah buat yang REAL punya, pergh.. berpeluh-peluh dahi nak masak taw! Mana taknya dulu masa ibu suruh belajar masak tak mau,kan dah susah.tapi sekarang Allhamdullilah saya dapat belajar masak dengan cara yang betul. bak kata ibu resipi terbaik untuk memasak ialah "dimulakan dengan Bismillah dan sabar,baru la sedap rasanya" (oh yeke? ). ha tapi apa pun seronok dan rasa bangga sebab dapat memasak kari dengan jayanya tanpa mendapat pengiktirafan dari mana-mana jabatan pendidikan kari ayam. Apa yang penting ianya diiktiraf oleh keluarga saya. itu adalah perkara yang paling manis. :)

So, for those yang suka memasak, saya nak kongsi recipes yang tak berapa menjadi saya tu kat awak-awak semua. ala cuba-cuba la dulu mana tahu boleh diguna pakai (sedap, sampai orang tak perasan makanan tu tak cukup bahan. haha. so ini resipi yang saya nk share dengan you all.

  • 500-600g peha ayam(atau mana2 bahagian)
  • 2 cm Halia*
  • 2cm Lengkuas*
  • 2-3cm Kunyit Hidup*
  • 2 Ulas Bawang Putih*
  • 4 Ulas Bawang Merah*
  • 1/3 sudu mkn Belacan*
  • 2-3 Btg Serai-Diketuk
  • 3 Sudu mkn(penuh) Kari Daging(ayam brand)
  • 1/2 cawan Air Asam Jawa/1-2 keping asam gelugor
  • 3 sudu makan Kerisik
  • 1/4 cawan pati santan(ikut kepekatan sendiri)/setengah cwn susu sejat [optional]
  • 2 Biji Kentang/Keledek (potong sederhana kecil)
  • Rempah Tumis-4 Beradik(1 setiap 1 jenis)
  • Bahan2 perasa-2 sudu kecil Garam,1 sudu kecil Gula,sedikit pak aji(jika suka)[sukatan bergantung kpd citarasa]
  • 1/3 cawan minyak(agak2 jer)
  • Air Secukupnya


NOTE:Yang kat dalam gambar ni saya x letak pun kerisik dan santan tetapi rasa tetap sedappp..dan family lebih sukakannya sbb kurang lemak.




ni la kari yang telah disiapkan oleh saya sendiri 
haha :P